Senin, 16 Desember 2013
SPRM Kurang dapat maklum balas

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mahu semua jabatan kerajaan dan pengurusan swasta bertindak memberi maklum balas ke atas surat dan syor yang dikemukakan suruhanjaya itu bagi membantu menangani rasuah di negeri ini.
Pengarahnya, Moh Samsuddin Yusof mengakui ada ketua Jabatan di negeri ini tidak memberi maklum balas seperti yang diharapkan suruhanjaya itu sekali gus menyukarkan pihaknya melakukan siasatan.
Menurutnya, SPRM sudah menghantar surat yang mengemukakan syor suruhanjaya itu termasuk surat nasihat kepada ketua jabatan mengenai perkara itu.
“Sepanjang 2009 hingga kini, sebanyak 14 dari 64 surat nasihat yang dihantar menerima maklum balas manakala sebanyak 11 surat syor yang dihantar sepanjang tahun ini, hanya dua sahaja berbalas,” katanya kepada media di sini, kelmarin.
Moh Samsudin berkata, ketika membuat siasatan, masih ada kelonggaran di jabatan atau swasta yang membolehkan berlakunya rasuah dalam kalangan kakitangan.
Justeru, katanya, Pegawai Penguatkuasa SPRM akan mengambil beberapa pendekatan melalui kaedah turun padang di semua jabatan kerajaan dan swasta bagi membantu mereka menambah baik isu-isu berkaitan tatatertib.
Beliau berkata, SPRM mengalu-alukan aduan daripada orang ramai mengenai kes rasuah dan semua maklumat akan dirahsiakan mengikut peruntukan undang-undang.
“Bagaimanapun, kita mahu pengadu memberi nama penuh bagi membolehkan maklum balas dilakukan selepas menerima aduan.
“Pengadu tidak perlu bimbang kerana ada akta yang melindungi mereka dan jika rahsia terbabit dibocorkan, kita dipertanggungjawabkan,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 326 maklumat mengenai rasuah diterima tetapi 236 daripadanya ada unsur rasuah.
sumber:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar