Selasa, 31 Desember 2013

Anggota Polis Bersama Keluarga Nyaris Maut


NIBONG TEBAL — Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta mereka dihempap sebuah lori kontena di persimpangan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.45 malam itu, kereta jenis Proton Wira yang dipandu Ruslan Yunus, 51, remuk selepas dihempap lori kontena yang membawa muatan kotak.

Bagaimanapun Ruslan dan isteri berusia 34 tahun serta anaknya berusia enam tahun hanya cedera ringan manakala pemandu kontena berusia 40-an itu tidak cedera.

Ketua Polis Daerah SPS Supt Shafien Mamat berkata berkata Ruslan yang juga anggota polis dari Balai Polis Nibong Tebal terperangkap dalam keretanya selama beberapa minit sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori kontena yang datang dari arah pekan Nibong Tebal menghala ke Sungai Bakap cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari persimpangan itu.

“Akibat rempuhan itu juga, kereta dipandu Ruslan terseret kira-kira 10 meter dan dihempap kontena yang berisi kotak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.– BERNAMA

(Gambar Hiasan)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar