Rabu, 26 Februari 2014

Jangan Salahkan Peniaga – PAS


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan seolah-olah menyokong tindakan mana-mana peniaga untuk menaikkan harga barangan di pasaran berikutan kenaikan harga harga minyak RON95 dan diesel.

Ia apabila Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff mendakwa, kenaikan harga barangan itu terpaksa dilakukan oleh mereka kerana ia melibatkan pelbagai kos yang perlu ditanggung peniaga.

“Harga barang tetap akan naik dan hal ini tidak boleh disalahkan ke atas bahu peniaga kerana kenaikan tersebut melibatkan pelbagai kos yang perlu ditanggung mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Nurul Islam mendesak kerajaan supaya menarik semula semua kenaikan harga RON95 dan diesel untuk kepentingan rakyat.

Kenyataan beliau bagaimanapun bercanggah dengan pendirian kerajaan bahawa golongan peniaga tidak mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan harga barangan disebabkan kenaikan harga harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek berkata, Peniaga tidak boleh sesuka hati mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

Ia kerana kerana kajian mendapati pengurangan subsidi minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen ini tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan iaitu hanya sekitar 0.1 hingga 1.3 peratus sahaja.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar